Friday, April 26, 2013

BEBANAN KERJA GURU




Sekarang memang ada kebenarannya yang mana kalangan guru-guru terlalu sibuk dengan kerja pengkeranian  sehinggakan tugas utama, main core mengajar adakalanya terjejas. Agak berbeza dengan situasi jika dibandingkan dengan zaman 60-90an, guru dilihat fokus mengajar.

Oleh itu sekarang ini, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sekarang ini sedang berusaha keras untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dibebani kalangan guru di Malaysia hari ini.

Beban Tugas Guru Dikurangkan!

Datuk Seri Najib Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Perdana Menteri (gambar) berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.

Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.

“Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik,” katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam tadi.

Najib berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.

Cadangan Berita Semasa Untuk Kurangkan Beban Guru
  1. Pertama-tama sekali yang harus dilakukan ialah dengan mengurangkan keterlibatan golongan guru-guru atau murid-murid yang terlalu “fokus” dengan kehadiran menteri ke sesebuah sekolah ataupun apa jua program dan aktiviti berkaitan dengan parti.
  2. Kedua, kurangkan bilangan pelajar untuk sesebuah kelas. Sebenarnya, purata kecekapan pengajaran guru adalah hanya sekitar 23 – 28 orang murid untuk seorang guru sahaja. Jikalau ia dilaksanakan sistem penyampaian antara guru dengan muridnya akan masih dalam keadaan terkawal. Sekaligus dapat mengurangkan bebanan dan tekanan tugas guru sehingga 40%.
  3. Ketiga, ataupun boleh diwujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru. Mungkin boleh dilaksanakan? 

    Apa yang kami perhatikan sekarang ini, kalangan guru rata-ratanya dilihat beban tugas mereka semakin bertambah dan bertambah berbanding di zaman 60-90. Jiau auu, Jikalau dahulu satu kad laporan untuk seorang guru sahaja (guru kelas). Tetapi tidak sekarang. Benar?

    Sekarang satu kad laporan sehingga 2-4 guru berlainan mesti sediakan ulasannnya tersendiri. Bagaimana jikalau guru tersebut mengajar 3 subjek dengan satu kelas purata 50 murid. Itu, tidak masuk lagi tugasan yang lain lagi. Lagipun bilangan murid yang mencecah 50 orang untuk satu-satu kelas sudah tidak relevan lagi. Rombak….rombak….rombak!
Bagi kami apabila beban kerja diserahkan kepada guru, guru akan kurang memberikan perhatian kepada murid kelas sendiri secara peribadinya. Ini realiti yang berlaku hari ini. Apa kata kalangan guru-guru, golongan ibubapa dan bekas pelajar sekolah sendiri dengan sistem yang ada sekarang?

DILEMA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING




Beban tugas banyak, kurang mahir menjalankan program serta tidak mempunyai bahan atau maklumat bagi mengendalikan perkhidmatan adalah antara masalah dihadapi guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan tanggungjawab mereka.

Justeru, sekumpulan penyelidik Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai Ab Aziz Mohd Yatim menghasilkan modul perisian interaktif bersepadu bimbingan dan kaunseling, Prodigy, bagi merungkai segala permasalahan itu.

Ab Aziz berkata, perisian itu dibangunkan bagi membantu kaunselor melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan supaya dapat menjalankan tugas lebih cekap dan berkesan.

Menerusi dua kandungan utamanya, iaitu pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta modul latihan kursus, beliau berkata:

“Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengandungi penyediaan kertas kerja program, analisis, penerbitan buletin, carta Gantt, soal selidik program, perancangan program, e-kaunseling, jadual, laporan, penyediaan sijil, buku program dan borang berkaitan.

“Kandungan modul latihan kursus pula membabitkan ice-breaking, energizer, kemahiran belajar lima domain, motivasi tenaga bawah sedar (subconscious), kemahiran komunikasi P, A, C, (parents, adult, child).

“Selain itu, pengendalian disiplin alternatif, kasih sayang tanpa syarat (Agape Love), kepemimpinan, kerjaya, personaliti, bina pasukan (team building), relaksasi, kembarun, penghasilan video serta modul pemikiran kreatif.”

Menggunakan modul pengurusan perkhidmatan, beliau berkata, masalah penulisan laporan, kertas kerja, sesi kaunseling dan perancangan bulanan dapat dilakukan lebih sempurna kerana proses dokumentasinya boleh disiapkan dalam tempoh singkat.

Ab Aziz berkata, ketidakupayaan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan kursus atau program pula dapat diatasi menerusi modul latihan kursus yang membolehkan mereka melihat kaedah pengendalian modul tertentu melalui VCD dibekalkan.

“Dengan memiliki modul ini, kaunselor akan dapat mengendalikan kursus mengikut kepelbagaian keadaan pelajar seperti nakal, cemerlang, kepemimpinan, lemah pelajaran, kursus bina pasukan, keibubapaan dan kemahiran belajar tanpa pergantungan tinggi terhadap perkhidmatan perunding motivasi luar,” katanya.

Mengenai pendekatan modul itu, beliau berkata, ia lebih mesra pelajar seperti Ice Breaking mengandungi permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif dalam diri seperti rasa hormat kepada rakan, toleransi dan persaingan sihat.

Modul kemahiran belajar lima domain pula, katanya, antara lain membimbing pelajar menggunakan konsep sinergi dan kreativiti untuk merangsang otak kanan bekerja supaya dapat belajar dengan berkesan serta mengingati kandungan pembelajaran dengan lebih mudah.

Beliau berkata, pemupukan kasih sayang dalam komuniti pula diwujudkan menerusi modul Agape Love yang menggalakkan peserta mengamalkan sikap positif itu tanpa mengira agama, bangsa dan kaum sejajar semangat Satu Malaysia.

“Selain kegunaan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, Prodigy juga boleh dimanfaat kaunselor pelajar institusi pengajian tinggi serta pengendali program latihan bagi membangun potensi diri golongan sasaran,” katanya.

Prodigy mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya pingat perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi (Itex 2009), Anugerah Inovasi UPSI 2005, selain turut didedahkan pada Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Produk dan Teknik Baru 2006 di Geneva, Switzerland.

Sumber : Berita Harian

Tuesday, April 23, 2013

PRU



Jadual kuliah kami yang terakhir bagi semester ini telah jatuh pada 5 & 6 Mei 2013. 5 Mei merupakan tarikh yang telah diumumkan oleh kerajaan bagi menjalankan Pilihan Raya Umum ke 13. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran UIAM telah menukar jadual kuliah seminggu lebih awal iaitu kepada 27 & 28 April. Sama-samalah kita menunaikan tanggungjawab kita untuk mengundi bagi memilih pemimpin yang bakal menerajui negara tercinta ini.




Sunday, April 21, 2013

PENGENALAN









Kami merupakan pelajar PPG ambilan September 2012 di Universiti Islam Antarabangsa (Gombak) bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Kepujian) Bimbingan dan Kaunseling. Bagi memenuhi kriteria subjek 'Intructional Technology' (Semester 2 - 2012/2013) di bawah tunjuk ajar Madam Khairani, kami ditugaskan untuk membina satu blog dengan tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pembinaan blog yang berkonsepkan pendidikan.