KANDUNGAN P dan P


LAGU 'MARI MENGIRA'





Video ini boleh dijadikan sebagai set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi tajuk 'Operasi Tambah Dalam Linkungan 10'. Set induksi adalah bertujuan menarik minat murid dan mengikuti pembelajaran dengan lebih baik.


KONSEP TAMBAH





Slide PowerPoint bagi pengajaran 'Konsep Tambah Dalam Lingkungan 10' untuk pengajaran Matematik KSSR Tahun 1 yang dihasilkan oleh kumpulan kami. Slide PowerPoint asal  mengandungi audio pengajaran oleh ahli kumpulan kami & muzik latar belakang. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat disertakan atas sebab kapasiti yang terlalu besar untuk diuploadkan ke akaun 'SkyDrive'.

Video ini untuk pembelajaran kendiri murid-murid.

Video 'Konsep Tambah Dalam Lingkungan 10'.


AKTIVITI KUIZ




Aktiviti kuiz boleh dilaksanakan oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran serta setelah murid melakukan latihan bagi konsep tambah sebagai aktiviti pengayaan. Murid-murid diberi aneka jawapan iaitu lebih banyak kemungkinan jawapan untuk satu soalan yang diberikan. Murid-murid diminta memberi jawapan yang paling tepat. Aktiviti ini dapat menguji kemahiran berfikir murid-murid.

Video ini untuk paparan yang lebih jelas kepada guru-guru.

Video 'Kuiz'.

LATIHAN





Aktiviti ini pada kebiasaannya dilakukan oleh semua guru. Latihan perlu diberikan agar guru dapat membuat penilaian samaada objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tercapai ataupun tidak. Ini adalah contoh latihan yang boleh diberikan dan terdapat lebih banyak contoh di laman web yang lain. Guru juga boleh membina PowerPoint sendiri untuk menghasilkan latihan berbentuk paparan elektronik seperti ini mengikut kreativiti masing-masing.

Video ini untuk paparan yang lebih jelas kepada guru-guru.

Video 'Latihan'.

Selamat mengajar & semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan serta dikongsi bersama.


1 comment: